Tuesday, 18 December 2012

Tips Pengambilan Vitamin Yang Berkesan


Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau suplemen mereka. Ini boleh juga disebabkan oleh beberapa faktor :


Pengambilan air kosong dipandang remeh
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.


Kita disaran untuk minum air masak dengan banyak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.



Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur pada waktu malam. Sedangkan pada masa tersebut (sewaktu tidur), kita akan kurang minum air. 


Jadi, cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. 



Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin. Ini kerana ia akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.


Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan pengambilan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan pagi dan petang, anda boleh amalkan pengambilan vitamin selepas 1 atau 2 jam anda mengambil ubat doktor.




Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Tahukah anda ?   Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita. Pengambilan minuman yang berkafein tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.


Maka, kita tidak akan mendapat manfaat seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin yang rosak di dalam badan akibat pengambilan kafein secara berterusan.


Pantang Larang Makan Vitamin

Tahukah Anda ?

Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama susu. Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.


Tips Untuk Ibu Menyusu

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Dahulukan niat yang paling utama, supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata.

Sekiraya anda membeli vitamin, dapatkan jadual pemakanan vitamin yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli. 

Tunggu update saya yang seterusnya.....In Shaa Allah....

Apapun, makanlah dengan ilmu. jangan beli vitamin jika anda tidak pasti / tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila hubungi pengedar jika anda inginkan jadual panduan pengambilan vitamin anda. Bagi ibu menyusu, panduan pengambilan vitamin yang betul sangat membantu untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.


Salam penuh keindahan dari saya... ^_^




Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat keseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Ingin maklumat lanjut mengenai vitamin shaklee / keahlian shaklee / pendapatan sampingan  ???
* These statements have not been evaluated by Food & Drug Administration.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment