Friday, 26 April 2013

Power Pumping ~ Tingkatkan Penghasilan Susu


Power Pumping Jika Susu Merudum


Perkongsian sumber daripada Mommy Lyna ~ mysuperkids.net

Sekarang ini, antara dilema yang merunsingkan ibu-ibu yang menyusukan anak ialah apabila susu merudum. Adakah ini tanda2 susu akan kering?

Jawapannya TIDAK

Kecuali jika ibu mengalami perubahan tertentu seperti sakit, demam, mengambil ubatan tertentu, mengandung dan sebagainya...

Dalam keadaan biasa, susu ibu tidak akan kering selagi anak masih menyusu.

Ibu-ibu yang sering megalami situasi ini, terutama ibu-ibu baru sering terperangkap dengan ~ BACK UP DENGAN SUSU FORMULA. Ini adalah praktik yang salah kerana ia bukan sahaja mengganggu proses penyusuan eksklusif, malah mengurangkan stimulasi yang sepatutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah kisah Mommy Lyna sendiri yang mengalami masalah susu merudum yang sangat dahsyat selepas balik dari Umrah... 

Dari purata 20 Oz sehari kepada 3 Oz sehari.

Apa? Ambik milk booster? Ambik supplement? FYI saya adalah pengamal supplement....dan untuk pengetahuan semua, supplement bukan penyebab susu ibu menjadi banyak....ada rahsia di sebaliknya. Itu cerita lain...

Ok....bila susu saya merudum sehinga 70%, sudah pasti saya jadi resah. Betulkan..siapa tak susah hati. Cuba tanya pada semua ibu yang mengalami masalah serupa.....

Jadi apa yang saya lakukan?

  1. Praktikkan HYPNO - BREASTFEEDING. Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin bahawa masalah ini dapat diatasi.
  2. BERSYUKUR. Sedar atau tidak? Kita hanya tahu bersyukur selepas dapat nikmat. Sedangkan nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat itu datang.
  3. BERDOA. Maaf cakap ya, saya dapati ramai ibu yang tidak amalkan ini. Berdoa untuk susu yang banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa (kalau hafal lagi bagus). Berdoa je dalam Bahasa Melayu atau bahasa apa pun...Allah faham.


3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang menemui masalah dalam penyusuan.

Kemudian, barulah...

POWER PUMPING

Ya, saya masih ingat seorang ibu mengadu pada saya tentang susu badannya kurang. Beliau bertanya apakah milk booster atau supplement extra lagi yang patut beliau ambil (beliau jua mengamalkan supplement).

Saya jawab mudah sahaja....Makanan harus seimbang dengan semua elemen mengikut piramid makanan. Supplement atau milk booster adalah pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutu aurat, kemudian warna, jenis kain, hiasannya....semua terpulang kepada empunya badan.

Namun sebagus manapun milk booster itu, jika tiada stimulasi dari pam atau bayi, ia tidak akan berhasil. Kerana susu ibu berkonsepkan pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran.

Lalu saya meminta beliau melakukan power pumping (kes begini pernah terjadi juga kepada admin). Beliau yang pertama kali melakukannya mengikut sahaja tips saya.

Selepas seminggu, beliau menghubungi saya..."Terima kasih, Mommy Lyna! Sekarang susu saya dah banyak semula. Baguslah power pumping ni."

Syukur Alhamdulillah...

Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu kebelakangan. Setiap hari saya melakukan power pumping 1 atau 2 kali.

Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan pun...

Ia bukan magic ya... sehari dua memang tak nampak apa? Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada peningkatan sedikit.

Dan saya mengambil kira semua aspek secara holistik. Fizikal, emosi.... sabar.... syukur.

Alhamdulillah...selepas 2 minggu susu saya sudah 80% recover. Bermakna saya masih kurang 4 Oz untuk kembali kepada asal. Dan daripa amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!

Jadi, buat ibu-ibu yang mengalami nasib yang sama, jangan berputus asaBerusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakkallah. Pasti Allah tidak membiarkan hambanya selepas Dia memerintahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak dengan lengkapnya selama 2 tahun.

In Syaa Allah bi idznillah.....

Sekian dahulu...nanti saya share pulak teknik2 power pumping di blog ni...

Dapatkan vitamin2 untuk penyusuan dan set-set kesihatan yang lain daripada blog ini berserta konsultansi percuma dengan harga istimewa eksklusif untuk anda.

Saya adalah pengedar Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment