Monday, 22 April 2013

Tips Untuk Ibu Hamil Bayi Kembar

Hamil Kembar ~ Rezeki Berganda

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips buat ibu-ibu yang sedang hamil anak kembar.... tapi boleh dipraktikkan juga oleh ibu-ibu hamil yang lain. 

Ibu-ibu yang hamil bayi kembar akan mendapat rezeki berganda. Iyalah kan...akan dapat 2 bayi sekaligus... Justeru, ibu perlu menjaga kesihatan diri dan bayi kembar dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan antenatal (kehamilan ) berkala mengikut jadual yang telah diberikan.

Ibu juga perlu mula mencari dan membaca ilmu tentang penyusuan anak kembar, dengan membaca pengalaman ibu-ibu yag menyusukan anak mereka pada blog-blog, bertanyakan jururawat ketika pemeriksaan antenatal dan sebagainya. Ini adalah untuk persediaan minda dan mental. Manakala untuk persediaan fizikal, ibu perlu mengambil pil-pil vitamin yang disarankan oleh doktor dan mengambil makanan berkhasiat terutamanya produk yang tinggi kandungan protein.

Justeru, ibu juga perlu sentiasa menjaga kesihatan puting payudara, sentiasa membersihkannya ketika mandi supaya tidak tersumbat dan lembut. Ibu juga perlu menarik puting supaya ia terkeluar (everted) bagi memudahkan bayi menghisap.

Sampai di sini dahulu. Nantikan tips selanjutnya yang akan saya kongsikan di blog ini.

*sumber : Akhbar Mingguan Malaysia : Bahagian Kesihatan : Ahad 27 November 2011.
                 Soal Jawab Doktor bersama Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, 
                 Penyelaras Unit  Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstretik & Ginekologi) 
                 Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan
                 Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Anda juga mungkin ingin membaca perkongsian ini : penyusuan untuk kali pertama.

Saya adalah pengedar Saklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia. 

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Ingin dapatkan vitamin untuk penyusuan berserta konsultansi daripada saya?

Sila klik disini untuk pilih set vitamin yang sesuai buat anda :

Klik di sini untuk lihat testimoni ibu-ibu yang lain :

Dapatkan konsultansi percuma daripada saya hanya jika anda membeli dari blog ini.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment