Proses penyusuan susu ibu ni memang misteri. Adakala susu ibu tu melimpah ruah sampai tak terjangka. Ada kala, pam macam biasa tapi hasil perahan tak seperti yang diharapkan. Bagi ibu baru, mungkin (selalunya memang ya...) menggelabah kalau susu merudum secara tiba2. Kadang2 kita terlupa bahawa susu ibu terhasil melalui permintaan daripada payudara yang kosong & stimulasi yang terhasil daripada hisapan bayi/pam.
Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu ibu terhasil kesan daripada payudara yang kosong (permintaan & penawaran).
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mengenai teknik Power Pumping. Kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi dan tiba2 mengalami susu merudum (kuantiti susu ibu drop), boleh cuba teknik ini.
Power Pumping adalah satu cara untuk meningkatkan kuantiti susu ibu dengan cara membanyakkan stimulasi.
Cara2 untuk Power Pumping :~
- sediakan 1 jam yang senggang.
- pam selama 10-20 minit.
- rehat 10 minit
- pam lagi selama 10-20 minit
- rehat 10 minit
- ulang sehingga cukup 1 jam.
Boleh buat Power Pumping 1-3 kali sehari atau apabila ada kemampuan.
Tindak balas Power Pumping memang mengambil masa...bukan kita buat sekarang, sekarang jugak kuantiti susu ibu meningkat. Kebanyakan ibu-ibu yang buat Power Pumping ni masa mula2 tu mungkin ada yang cuma dapat 1-2 oz je atau mungkin hanya pam angin, tapi bila buat untuk kali kedua baru nampak hasilnya, lebih2 lagi kalau ibu tu baru nak cuba teknik ni. Dan ada juga yang mengambil masa sehingga seminggu atau dua minggu bagi mendapatkan hasil yang diimpikan.
Suka saya ingatkan di sini, takut ada yang tiba2 frust sbb masa first time buat Power Pumping tak de apa2 hasil. Kena ingat tau, masa tu je tak de apa2...lepas tu ibu2 akan berpuas hati...In Shaa Allah... (^_^)
Teknik ini juga amat sesuai untuk ibu2 yang nak relaktasi bayi. Sebab stimulasi tu adalah antara proses terawal penghasilan susu ibu. Disamping itu boleh juga mengambil vitamin sebagai milk booster dan bgi memastikan tubuh badan ibu sihat, ceria & gembira supaya susu ibu mudah dihasilkan.
Sebab tu selalu saya tekankan 3 perkara penting untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu :~
Menyusukan baby (direct BF/pam) sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sekali.
Minum 3 liter air setelah makan vitamin.
Berdoa & tawakkal kepada Allah....sesungguhnya Dia lah yang mengizinkan semuanya berlaku.
Ramai yang sudah berjaya dan berpuashati dengan teknik Power Pumping ni. Cubalah ya... jangan mudah berputus asa, selalu berfikir positif dan selalulah gembirakan diri anda....
Salam penuh keindahan dari saya... :)
Credit : Jannatul Fadilah
Anda juga mungkin meminati:~
- Power Pumping~tingkatkan penghasilan susu
- Susu Ibu Cukup Untuk Anak Kembar
- Tips Pengambilan Vitamin Yang Berkesan
- Penyusuan Untuk Kali Pertama
- Vitamin Pilihan TerkiniIbu-Ibu Lepas Melahirkan
- Berpantang Dengan Shaklee - 7oz Stok Susu di Hari Ke-5!
- Set 3M Shaklee - Memang Berkesan
- Sekilas Fakta - Susu Ibu
- Testimoni Berpantang Dengan Vitamin Shaklee
Dapatkan vitamin pilihan anda melalui blog ini dengan harga yang sangat memuaskan berserta konsultansi percuma dari saya.
Saya adalah pengedar Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia.
Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.