Friday, 26 April 2013

Power Pumping

Proses penyusuan susu ibu ni memang misteri. Adakala susu ibu tu melimpah ruah sampai tak terjangka. Ada kala, pam macam biasa tapi hasil perahan tak seperti yang diharapkan. Bagi ibu baru, mungkin (selalunya memang ya...) menggelabah kalau susu merudum secara tiba2. Kadang2 kita terlupa bahawa susu ibu terhasil melalui permintaan daripada payudara yang kosong & stimulasi yang terhasil daripada hisapan bayi/pam.

Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu ibu terhasil kesan daripada payudara yang kosong (permintaan & penawaran).

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mengenai teknik Power Pumping. Kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi dan tiba2 mengalami susu merudum (kuantiti susu ibu drop), boleh cuba teknik ini.

Power Pumping adalah satu cara untuk meningkatkan kuantiti susu ibu dengan cara membanyakkan stimulasi.

Cara2 untuk Power Pumping :~

  1. sediakan 1 jam yang senggang.
  2. pam selama 10-20 minit.
  3. rehat 10 minit
  4. pam lagi selama 10-20 minit
  5. rehat 10 minit
  6. ulang sehingga cukup 1 jam.

Boleh buat Power Pumping 1-3 kali sehari atau apabila ada kemampuan.

Tindak balas Power Pumping memang mengambil masa...bukan kita buat sekarang, sekarang jugak kuantiti susu ibu meningkat. Kebanyakan ibu-ibu yang buat Power Pumping ni masa mula2 tu mungkin ada yang cuma dapat 1-2 oz je atau mungkin hanya pam angin, tapi bila buat untuk kali kedua baru nampak hasilnya, lebih2 lagi kalau ibu tu baru nak cuba teknik ni. Dan ada juga yang mengambil masa sehingga seminggu atau dua minggu bagi mendapatkan hasil yang diimpikan.

Suka saya ingatkan di sini, takut ada yang tiba2 frust sbb masa first time buat Power Pumping tak de apa2 hasil. Kena ingat tau, masa tu je tak de apa2...lepas tu ibu2 akan berpuas hati...In Shaa Allah... (^_^)

Teknik ini juga amat sesuai untuk ibu2 yang nak relaktasi bayi. Sebab stimulasi tu adalah antara proses terawal penghasilan susu ibu. Disamping itu boleh juga mengambil vitamin sebagai milk booster dan bgi memastikan tubuh badan ibu sihat, ceria & gembira supaya susu ibu mudah dihasilkan.

Sebab tu selalu saya tekankan 3 perkara penting untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu :~
Menyusukan baby (direct BF/pam) sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sekali.
Minum 3 liter air setelah makan vitamin.
Berdoa & tawakkal kepada Allah....sesungguhnya Dia lah yang mengizinkan semuanya berlaku.

Ramai yang sudah berjaya dan berpuashati dengan teknik Power Pumping ni. Cubalah ya... jangan mudah berputus asa, selalu berfikir positif dan selalulah gembirakan diri anda....

Salam penuh keindahan dari saya... :)


Credit : Jannatul Fadilah


Anda juga mungkin meminati:~

  1. Power Pumping~tingkatkan penghasilan susu
  2. Susu Ibu Cukup Untuk Anak Kembar
  3. Tips Pengambilan Vitamin Yang Berkesan
  4. Penyusuan Untuk Kali Pertama
  5. Vitamin Pilihan TerkiniIbu-Ibu Lepas Melahirkan
  6. Berpantang Dengan Shaklee - 7oz Stok Susu di Hari Ke-5!
  7. Set 3M Shaklee - Memang Berkesan
  8. Sekilas Fakta - Susu Ibu
  9. Testimoni Berpantang Dengan Vitamin Shaklee


Dapatkan vitamin pilihan anda melalui blog ini dengan harga yang sangat memuaskan berserta konsultansi percuma dari saya.

Saya adalah pengedar Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Power Pumping ~ Tingkatkan Penghasilan Susu


Power Pumping Jika Susu Merudum


Perkongsian sumber daripada Mommy Lyna ~ mysuperkids.net

Sekarang ini, antara dilema yang merunsingkan ibu-ibu yang menyusukan anak ialah apabila susu merudum. Adakah ini tanda2 susu akan kering?

Jawapannya TIDAK

Kecuali jika ibu mengalami perubahan tertentu seperti sakit, demam, mengambil ubatan tertentu, mengandung dan sebagainya...

Dalam keadaan biasa, susu ibu tidak akan kering selagi anak masih menyusu.

Ibu-ibu yang sering megalami situasi ini, terutama ibu-ibu baru sering terperangkap dengan ~ BACK UP DENGAN SUSU FORMULA. Ini adalah praktik yang salah kerana ia bukan sahaja mengganggu proses penyusuan eksklusif, malah mengurangkan stimulasi yang sepatutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah kisah Mommy Lyna sendiri yang mengalami masalah susu merudum yang sangat dahsyat selepas balik dari Umrah... 

Dari purata 20 Oz sehari kepada 3 Oz sehari.

Apa? Ambik milk booster? Ambik supplement? FYI saya adalah pengamal supplement....dan untuk pengetahuan semua, supplement bukan penyebab susu ibu menjadi banyak....ada rahsia di sebaliknya. Itu cerita lain...

Ok....bila susu saya merudum sehinga 70%, sudah pasti saya jadi resah. Betulkan..siapa tak susah hati. Cuba tanya pada semua ibu yang mengalami masalah serupa.....

Jadi apa yang saya lakukan?

  1. Praktikkan HYPNO - BREASTFEEDING. Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin bahawa masalah ini dapat diatasi.
  2. BERSYUKUR. Sedar atau tidak? Kita hanya tahu bersyukur selepas dapat nikmat. Sedangkan nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat itu datang.
  3. BERDOA. Maaf cakap ya, saya dapati ramai ibu yang tidak amalkan ini. Berdoa untuk susu yang banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa (kalau hafal lagi bagus). Berdoa je dalam Bahasa Melayu atau bahasa apa pun...Allah faham.


3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang menemui masalah dalam penyusuan.

Kemudian, barulah...

POWER PUMPING

Ya, saya masih ingat seorang ibu mengadu pada saya tentang susu badannya kurang. Beliau bertanya apakah milk booster atau supplement extra lagi yang patut beliau ambil (beliau jua mengamalkan supplement).

Saya jawab mudah sahaja....Makanan harus seimbang dengan semua elemen mengikut piramid makanan. Supplement atau milk booster adalah pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutu aurat, kemudian warna, jenis kain, hiasannya....semua terpulang kepada empunya badan.

Namun sebagus manapun milk booster itu, jika tiada stimulasi dari pam atau bayi, ia tidak akan berhasil. Kerana susu ibu berkonsepkan pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran.

Lalu saya meminta beliau melakukan power pumping (kes begini pernah terjadi juga kepada admin). Beliau yang pertama kali melakukannya mengikut sahaja tips saya.

Selepas seminggu, beliau menghubungi saya..."Terima kasih, Mommy Lyna! Sekarang susu saya dah banyak semula. Baguslah power pumping ni."

Syukur Alhamdulillah...

Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu kebelakangan. Setiap hari saya melakukan power pumping 1 atau 2 kali.

Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan pun...

Ia bukan magic ya... sehari dua memang tak nampak apa? Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada peningkatan sedikit.

Dan saya mengambil kira semua aspek secara holistik. Fizikal, emosi.... sabar.... syukur.

Alhamdulillah...selepas 2 minggu susu saya sudah 80% recover. Bermakna saya masih kurang 4 Oz untuk kembali kepada asal. Dan daripa amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!

Jadi, buat ibu-ibu yang mengalami nasib yang sama, jangan berputus asaBerusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakkallah. Pasti Allah tidak membiarkan hambanya selepas Dia memerintahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak dengan lengkapnya selama 2 tahun.

In Syaa Allah bi idznillah.....

Sekian dahulu...nanti saya share pulak teknik2 power pumping di blog ni...

Dapatkan vitamin2 untuk penyusuan dan set-set kesihatan yang lain daripada blog ini berserta konsultansi percuma dengan harga istimewa eksklusif untuk anda.

Saya adalah pengedar Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Monday, 22 April 2013

Tips Untuk Ibu Hamil Bayi Kembar

Hamil Kembar ~ Rezeki Berganda

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips buat ibu-ibu yang sedang hamil anak kembar.... tapi boleh dipraktikkan juga oleh ibu-ibu hamil yang lain. 

Ibu-ibu yang hamil bayi kembar akan mendapat rezeki berganda. Iyalah kan...akan dapat 2 bayi sekaligus... Justeru, ibu perlu menjaga kesihatan diri dan bayi kembar dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan antenatal (kehamilan ) berkala mengikut jadual yang telah diberikan.

Ibu juga perlu mula mencari dan membaca ilmu tentang penyusuan anak kembar, dengan membaca pengalaman ibu-ibu yag menyusukan anak mereka pada blog-blog, bertanyakan jururawat ketika pemeriksaan antenatal dan sebagainya. Ini adalah untuk persediaan minda dan mental. Manakala untuk persediaan fizikal, ibu perlu mengambil pil-pil vitamin yang disarankan oleh doktor dan mengambil makanan berkhasiat terutamanya produk yang tinggi kandungan protein.

Justeru, ibu juga perlu sentiasa menjaga kesihatan puting payudara, sentiasa membersihkannya ketika mandi supaya tidak tersumbat dan lembut. Ibu juga perlu menarik puting supaya ia terkeluar (everted) bagi memudahkan bayi menghisap.

Sampai di sini dahulu. Nantikan tips selanjutnya yang akan saya kongsikan di blog ini.

*sumber : Akhbar Mingguan Malaysia : Bahagian Kesihatan : Ahad 27 November 2011.
                 Soal Jawab Doktor bersama Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, 
                 Penyelaras Unit  Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstretik & Ginekologi) 
                 Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan
                 Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Anda juga mungkin ingin membaca perkongsian ini : penyusuan untuk kali pertama.

Saya adalah pengedar Saklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia. 

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Ingin dapatkan vitamin untuk penyusuan berserta konsultansi daripada saya?

Sila klik disini untuk pilih set vitamin yang sesuai buat anda :

Klik di sini untuk lihat testimoni ibu-ibu yang lain :

Dapatkan konsultansi percuma daripada saya hanya jika anda membeli dari blog ini.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, 18 April 2013

Perbaiki Diri Setiap Masa...

Mari kita amalkan bersama-sama. Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yg beruntung di sisi Allah di dunia & akhirat....

Amiiieen...




~~~~~~~~~~~~~~%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%~~~~~~~~~~~

Saya pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya





Wednesday, 17 April 2013

Susu Ibu Cukup Untuk Anak Kembar

Cabaran Menyusukan Anak Kembar

Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran dua bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.



Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang "susu tidak cukup". Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula! Ini adalah satu persepsi yang salah.

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang di lahirkan serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir. Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu bayi setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat

Ibu juga perlu perbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur dan berehat bila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.


"Ibu perlu berehat ketika bayi sedang tidur"









Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu, sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi juga produk yang tinggi kandungan protein seperti yang diambil semasa hamil.

Anda juga perlu menghadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu, ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi semasa menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

*Sumber : Mingguan Malaysia ~ Ruangan Kesihatan ; Ahad 27 November 2011

Ibu-ibu yang menyusukan bayi kembar boleh juga mendapatkan vitamin/makanan tambahan untuk merawat diri selepas bersalin. Dengan set 3M dari Euphoria Shaklee, ia sangat membantu ibu-ibu yang melahirkan dan menyusukan bayi kembar pulih dengan cepat, memberikan tenaga tambahan dan mampu mengurangkan stress bagi menjayakan program penyusuan penuh secara eksklusif.

Set 3M ~ set lengkap yang popular untuk ibu bersalin dan ingin menyusukan bayi secara eksklusif

Klik di sini untuk rujukan : 

  Set Bersalin - vitamin pilihan terkini


Dapatkan set penyusuan shaklee beserta free consultation dengan pembelian dari blog ini. 

Saya pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia. 

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Thursday, 11 April 2013

NutriFeron Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

NutriFeron ~ Interferon Semulajadi Satu-satunya Di Dunia !


Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia yang dinamakan Nutriferon.

Dr. Kojima telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula Eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Didalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula, telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit lain.


Manfaat Utama :

  • Mengukuhkan Sistem Immun dalam masa 3 hari ~ ia adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.
  • Melawan Kanser & Tumor ~ Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.
  • Melindungi dari influenza ~ ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan Stress & Kelesuan ~ meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan ~ formula unik NutriFeron merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan Infeksi Oleh Pesakit Hepatitis B & C ~ keberkesanan NutriFeron dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus ~ hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS ~ terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

NutriFeron berasal daripada 4 ekstrak tumbuhan :~

  1. Biji Labu ~ merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh bagi menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  2. Biji Plantago Asiatica ~ mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.
  3. Bunga Honeysuckle Jepun ~ menentang pencerobohan virus dan kuman.
  4. Bunga Safflower ~ menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofag bagi memusnahkan virus dan kuman.

Dari Mana Datangnya Virus, Kuman & Mikrob ?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu-ribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk, hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain.


Bagaimana Mikrob Menjejaskan Kita ?

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada satu-satu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, athma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.



*Human Clinical Studies
  1. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ueki M. Clinically ef ficacy of EH0202, a Kampo formula, on the health of middle-aged women. Am J Chin Med. 2004;32(5):755-70
  2. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ueki M. A pilot study of Kampo formula, EH0202, with intriguing results for menopausal symptoms. J Altern Complement Med. 2004 Apr, 10(2):397-9.
  3. Kaji K, Yoshida S, Nagata N, Yamashita T, Mizukoshi E, Honda M, Kojima Y, Kaneko S, An open-label study of administration of EH0202, a health food additive, to patients with chronic hepatitis C C.J Gastroenterol. 2004 Sept;39(9):873-8.
  4. Kubo M, Hashimoto Y, Yoshida S. The effect of health food containing EH0202 on physical and mental symptoms accompanying menstruation in women with premenstrual syndrome (PMS). Clin Pharm Ther. 2004;14(2):129-142

*Sumber ~ Buku Panduan Nutrisi Shaklee Edisi Baru
              ~ Buku Panduan Produk Shaklee



~~~~~~~~~~~~~~~~~%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%~~~~~~~~~~~~~~~



Bulan April 2013 ni Shaklee Offer Nutriferon Percuma 1 bila anda membeli 6 kotak Nutriferon. 




))))))))))))))))))))))))))))))))))))Eksklusif Hanya Daripada Saya((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((


Jika anda membeli dari blog ini pula, mari tengok di sini apa yang akan anda dapat :

FREE 1 if buy 6 + FREE Membership + FREE Postage + FREE Gift + FREE Consultancy 

Kalau rasa banyak sangat sangat, nak beli 1 pun boleh....



'Kesihatan Menjamin Kehidupan Yang Lebih Indah.....'  ( `-`)

Salam Penuh Keindahan....... 



Saya pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya



Hubungi saya jika anda ingin dapatkan satu-satunya Interferon semulajadi di dunia !

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Monday, 8 April 2013

NutriFeron ~ Testimoni Pengguna

Mari kita tengok testimoni2 pengguna NutriFeron yang rata-ratanya sangat berpuashati dengan tahap kesihatan mereka setelah mengamalkan produk ini :-










bukan ni sahaja....

Ada banyak lagi testimoni pasal NutriFeron ni... nanti saya masukkan testimoni saya pulak pada entry yang akan datang ya...

Jangan lepaskan peluang untuk dapat free membership + free postage + free gift dengan belian daripada blog ini. Offer untuk bulan ini sahaja tau! 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

NutriFeron ~ Percuma 1 Bila Beli 6

Bulan ni offer NutriFeron buy 6 free 1.

Yang bestnya offer bulan ni membolehkan sesiapa sahaja yang membeli akan dapat free membership dan free postage..... juga freegift daripada saya..... (^,^)

Apa lagi... Jangan Lepaskan Peluang ni !!!

Tingkatkan interferon tubuh anda untuk hidup yang lebih sihat dan ceria !!! ( ~ _ ~ )

Nikmati gaya hidup yang lebih sihat untuk kehidupan yang lebih indah.... 


Saya pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.


Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday, 5 April 2013

Testimoni ~ OsteMatrix Shaklee

Mari kita lihat dibawah ni di antara testimoni2 pengguna mengenai OsteMatrix :-


Perkongsian dari Eizan Adnan :

Perkongsian dari Fatin Nur Enzatty :

Perkongsian dari Lynn Hammet :


Dan ini pula komentar2 yg diterima daripada para pengguna/pengamal OsteMatrix :










Mereka ini adalah pengguna2 yang telah berjaya mengekalkan kesihatan yang baik dengan OsteMatrix. Dan ada ramai lagi yang telah berjaya. 

Anda yang masih belum mencuba OsteMatrix dan masih tercari2 jalan penyelesaian masalah kesihatan anda, jangan ragu2 lagi, cubalah bertukar kepada OsteMatrix Shaklee dengan segera.

Kita cuma berusaha, 'Dia' yang menentukannya..... (^,^)


Salam penuh keindahan.... [^,^]


Dapatkan OsteMatrix Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

Saya adalah pengedar Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kebaikan OsteMatrix ~ Kalsium Shaklee



Perbezaan Shaklee OsteMatrix

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. 

Nutrien2 ini perlu diambil bersama2 untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

* 1 tablet kalsium tinggi OsteMatrix  =  1 gelas susu tinggi kalsium  =  80 biji badam

Manfaat Utama

  • Menguatkan tulang ~ Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, gusi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia [rickets dewasa], kuku rapuh, eczema,konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas ~ Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress/tekanan ~ Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid ~ Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh ~ Kalsium adalah mineral alkalin dan ia berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu usia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Vitamin D :

Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 

Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi usia 55 tahun,wanita hamil dan kanak2 perlu mengambil suplemen vitamin D.

Magnesium :

Ini adalaj ion positif no. 2 penting dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. 

Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zinc, Boron, Manganes, Kuprum

Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


Bagaimana memilih kalsium premium?
  1. Pilih produk yang ada vitamin D dan Magnesium.
  2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Bagaimana nak dapatkan OsteMatrix Shaklee pada harga yang sangat mampu milik ?

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut :




Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.

Untuk COD : KL ~ Kg Cheras Baru, Tmn Maluri, Tmn Midah, Leisure Mall, Times Square, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak (area Menara RHB), Ampang ~ Pandan Indah, Tmn Putra, Tmn Seraya, Ampang Point, Pandan Jaya, Area Hulu Klang - Zoo Negara, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan di sekitarnya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit