Wednesday, 28 November 2012

Uniknya Set Hantaran Ni !

Gambar ini diambil daripada face book Intan Azleen

Uniknya hantaran ni.... 


Memang rasanya tak pernah lagi dibuat orang. Kalau adik saya Jannatul Fadilah (sumber daripada blog dia lah ni...) kata dia akan mintak hantaran ni kalau dia dah kenal shaklee masa dia & suaminya nak nikah masa zaman dulu-dulu, saya pulak akan pastikan produk shaklee akan menjadi salah satu hantaran saya nanti.....heheheee....  ;)  In Shaa Allah...

Al-maklum....adik-adik nikah dulu... langkah bendul...

Hai sekarang ni kan musim cuti sekolah.....

Saudara & saudari yang kat luar sana tu tak nak ke ambik kesempatan ni... bukannya untuk orang lain... tapi untuk orang yang tersayang jugakkan...

Ehermm... pada yang belum pernah ambil apa-apa supplement tu, inilah masa yang sesuai untuk memulakan langkah penjagaan kesihatan anda...



Kalau tak tahu nak cari kat mana produk shaklee ni boleh hubungi saya ;)





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Monday, 26 November 2012

Kanser - Antara Pembunuh Tegar di Malaysia

Semalam saya melawat seorang teman yang baru sahaja lepas menjalani pembedahan membuang sel2 kanser yg telah merebak di dalam badannya. 

Pada awalnya doktor mengesan ada ketumbuhan di rahimnya dan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut pada 20hb November 2012 yang lalu. Semasa operasi pembedahan itulah sel2 kanser yg telah merebak tersebut dijumpai oleh doktor dan teman saya itu telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membuang sel2 kanser tersebut pada hari Jumaat lepas bersamaan 23hb November 2012.

Apakah Kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan mengembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa. 

Setiap orang ada sel kanser dalam badan dan ia tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.....(kena ambil NutriFeron ni...untuk bertindakbalas terhadap sel2 pembunuh ini.....jahat sungguh sel2 pembunuh ini kan...) 

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza dari setiap sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Gambarajah : antara sel-sel kanser

 Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia. Di Malaysia, dilaporkan 45,000 orang rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 daripada 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.

Salah seorang dari pesakit kanser yg tidak dapat diselamatkan ialah mendiang Dr. Richard Teo, doktor pakar pembedahan kosmetik dan seorang jutawan yang terkenal. Mendiang penghidap kanser paru-paru tahap 4 dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 18hb Oktober 2012. Berikut adalah ucapan mendiang Dr Richard pada 19hb Januari 2012 mengenai perkongsian pengalaman hidup beliau yang dipetik daripada laman youtube :



Pada tahun 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang bio kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa bahawa penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan. Ramai saintis telah membuat  kajian bagi merungkai penyakit kanser.

Di dalam Utusan Online ARKIB 23hb August 2011, Dr R.Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, Selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.

Namun beliau percaya ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangi kerana setiap penyakit ada penawarnya. Katanya lagi, "Sebenarnya alam semulajadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita".

Gambarajah 2 : antara keratan rentas sel-sel dalam tubuh manusia

Menurut beliau, setiap hari sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia. Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

Dr R.Subramaniam menjelaskan kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia. Setiap hari, sel-sel mati dikeluarkan dari tubuh melalui pembuangan air besar dan peluh. Bagaimanapun, jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.

Gambarajah 3 : Usus penuh toksin

Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari. Jika tidak boleh cara semulajadi, lakukan enema. Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah.

Gambarajah 4 : Usus

Di Shaklee, kami percaya alam semulajadi merupakan jawapan bagi kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif. Kami berusaha keras untuk memberikan anda kehidupan yang lebih baik, produk kesihatan yang menyeluruh dan kami juga ingin anda tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan keberkesanan setiap produk di mana lebih daripada 350 ujian telah dijalankan pada setiap ramuan baru untuk bahan pencemaran berbahaya dan lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan daam setahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.

Ia terbukti berkesan di dalam bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil  suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.


Energizing Soy Protein - Vanilla daripada Shaklee merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia juga membantu mengekalkan kepejalan otot, mengekalkan gula dalam darah yang normal, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.                                                                                                                         

Manfaat protein untuk tubuh badan manusia sangat besar. Protein sangat penting untuk perkembangan / pertumbuhan setiap sel dalam tubuh dan menjaga kekebalan tubuh. Sebagai salah satu gizi yang diperlukan oleh tubuh manusia, pengambilan protein yang cukup juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka, regenerasi sel hingga mengatur kerja hormon dan enzim dalam tubuh.

 

Shaklee menawarkan Zinc Complex yang dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang dan rumusan sayur-sayuran.

Zink merupakan gizi yang penting untuk pertumbuhan sel dalam badan manusia. Antara lain fungsi zink ialah mempercepatkan proses baikpulih luka, penting untuk kesuburan dan membantu dalam mengatasi masalah insulin, rambut gugur dan kelemumur serta mencegah jerawat.

Agar tubuh dapat menyerap zinc secara optimum, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan ketika mengambil suplemen zink. Antaranya ialah, ambil suplemen zink secara berasingan dari mineral yang lain sepeti zat besi, tembaga, manganese dan kalsium kerana ia mengganggu penyerapan zink, periksa kualiti air yang diminum dan perhatikan biji-bijian yang diambil/dimakan kerana zat yang dipanggil phytate dapat mengikat zink dan mencegah tubuh untuk menyerap zink.

Selain itu, perhatikan juga serat yang diambil sehari-hari kerana serat yang tinggi juga dapat menyebabkan zink dikeluarkan daripada tubuh.


Herb-Lax daripada Shaklee dapat menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan. Herb-Lax merupakan julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala yang mengandungi daun senna yang telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu.


Vitamin E daripada Shaklee pula merupakan sejenis antioksidan kuat yang baik untuk kulit dan boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak, prostat dan mempercepat membaikpulih otot disamping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan.


Vita-Lea Iron Formula daripada Shaklee merupakan multi yang hebat. Ia diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea berfungsi meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi serta memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.


Sustained Release Vita-C 500mg daripada Shaklee sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan sumber nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot, dan pembuluh darah.


NutriFeron daripada Shaklee adalah satu kemajuan terbesar dalam Sains Imun Sistem. Ia merupakan satu produk berpaten campuran ekstrak tumbuhan bagi pengukuhan imun yang terbukti secara klinikal. Bila diambil secara harian dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

Dalam satu kajian makmal baru-baru ini, NutriFeron telah menunjukkan yang ia memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semula jadi (NK).

Cara-cara Mengubah Gaya Hidup Untuk Elak Kanser

  1. Makan makanan yang boleh meningkatkan sistem imun.
  2. Kurangkan pengambilan lemak dalam makanan harian.
  3. Kurangkan pengambilan daging.
  4. Jangan memasak makanan dan sayuran sehingga lunyai.
  5. Belilah makanan organik jika mampu.
  6. Elakkan minum air yang tidak bertapis. Jika tidak, pastikan air telah dimasak sebelum diminum / digunakan.
  7. Ambil makanan tambahan (suplemen) yang mampu meningkatkan sistem imun.
  8. Jiwa perlu tenang dan bersih serta elakkan dan tangani stress dengan bijak.
  9. Peka dengan perubahan pada tubuh badan.
  10. Minimumkan pengambilan ubatan.
  11. Elakkan kawasan atau bangunan yang litar pengudaraan udara tertutup.
  12. Elakkan penggunaan kapal terbang.
  13. Kurangkan pendedahan pada handphone.

.....masa sampai je kat hospital pada hari ahad tu, saya katakan pada teman saya tu..... tak de apa yang saya bawa untuk dia...cuma capsul Zink Kompleks daripada Shaklee untuk membantu penyembuhan luka dengan cepat...

Ialah....kan... orang sakit baru lepas operasi pembedahan..... kanser pulak tu.... saya tak tau apa yang patut di bawa untuk melawat dia. Terus teringat stok zink kompleks shaklee saya masih ada...apa lagi, sambar je lah... pesan kat dia makan sebiji sehari.

Masa kat hospital tu, borak punya borak dengan dia, saya pun tanya pasal makan. Biasalah orang baru lepas kena bedah ni mana boleh makan benda yang keras..kan... pastu saya pun teringat saya ada bawa ESP kat dalam kereta. ESP tu kan bagus untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan kita ni....sambil tu membantu dia supaya kurang rasa lapar.... ESP tu membuatkan kita rasa kenyang... untuk mereka yang nak berdiet pun bagus ambik ESP ni. Saya tinggalkan satu botol ESP 850g kat dia. Pesan pada Mak Su dia supaya bancuhkan masa breakfast satu scoop, tengah hari satu scoop dan malam satu scoop. Maksimum 3 scoop sehari, tak boleh lebih. Kalau nak guna sudu, guna sudu besar penuh. Bancuh dengan air suam atau air sejuk sahaja. Kalau bancuh dengan air panas nanti protein rosak. 

* Ingat tak kenapa Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengamalkan memakan makanan yang panas dan minum air yang panas? sebabnya.....sel-sel dalam tubuh badan kita akan rosak.....tengok, sampai macam tu sekali kita diajar oleh baginda Rasulullah tentang bab pemakanan ni. Untung kita jadi ummat Islam ni. "Syukur ku pada Mu Ya Allah! Terima kasihku pada mu Ya Kekasihku Muhammad Rasulullah S.A.W. semoga kesihatan berkekalan menjadi milik hambaMu yang lemah dan serba kekurangan ini untuk terus ber'ibadah kepada Mu.... Ameeen..."

Kepada Kak Noorafizatun...... selamat beristirehat, ada hikmahnya jugak akak masuk hospital ni. Kalau tidak mana nak dapat waktu rehat yang berbaloi macam ni kan... sibuk memanjang. 

Semoga cepat sembuh. Tabah & kuatkan diri dan gumbira selalu ya ! 

Nanti boleh cuba produk shaklee yang lain pulak macam NutriFeron ke...yang baik khasiatnya untuk immune booster dan Vivix ke... sebagai anti-oxidant terhebat yang pernah dihasilkan di abad ini! Almaklumlah... kita ni umur dah makin naik..... haa.. atau pun collagen powder....  ;)

Jangan lupa hubungi saya bila dah sihat nanti ya, Kak Noora! Boleh kongsi cerita-ceriti!



Salam penuh keindahan daripada saya.... :)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 19 November 2012

Bijak Mengurus Wang dengan Produk Shaklee

Pagi tadi saya baca buku 'Bijak Mengurus Wang' daripada Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir




Tujuan saya masukkan dalam blog ni bukanlah untuk promote buku ni, tapi lebih kepada perkongsian tentang perkara berfaedah yg saya buat pada hari ni. 

Saya memang suka membaca sejak dari kecil. Tapi masa kecil, bahan bacaan saya tak sama macam sekarang. Dulu bacaan saya terdiri daripada buku-buku kisah dan tauladan yg kebanyakannya saya pinjam dari perpustakaan sekolah. Semakin menginjak ke alam remaja bahan bacaan saya terdiri daripada buku-buku ilmiah yg membina minda, novel2 remaja, majalah2 hiburan termasuklah akhbar2 harian yg arwah ayah beli. 

Tapi pagi tadi lepas solat dhuha ternampak pulak buku tulisan Wealth Planner / Advisor yang tersohor, Hjh Rohani kat sebelah TV. Apa lagi terus ambik dan baca sampai tak sedar dah tengah hari. 

Alamak...tak masak lagi untuk makan tengah hari... dah lah mak cepat lapar....stop sekejap baca buku pergi dapur, masak dulu. ad masa karang sambung balik....

Hjh Rohani adalah seorang Wealth Planner yg berjaya. Saya pun nak berjaya juga...berjaya merancang kewangan saya untuk kebaikan masa depan. 

Dalam buku ni, antara yang menarik perhatian saya ialah satu clause yang dihighlightkan di mukasurat 20 :
"Mereka yang berdisiplin menabung sebahagian daripada pendapatan bulanan sejak mulai bekerja, sudah pasti telah berjaya mengumpul suatu jumlah yang besar.

Dan untuk keberkatan rezeki dan tabungan kita sudah tentulah dengan berzakat. Zakat dari segi bahasa bereti 'bersih, suci, subur, berkat dan berkembang' dan dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf (golongan yang layak menerima zakat) yang memenuhi syarat2 yg ditetapkan oleh syarak.

Dalam mukasurat 130 Bab 1 Zakat Sebagai Penyubur Harta antara isinya.....zakat, jika boleh disamakan dengan proses kita mencantas pokok bunga atau pokok buah-buahan. Jika mencantas dahan pokok, akan nampak kehilangan dahan tersebut dan pokok nampak bantut sikit. tapi lama- kelamaan pokok tersebut akan mengeluarkan dahan baru berserta pucuk yang baru yang lebih segar malah pokok itu akan lebih rimbun daunnya.... begitulah perumpamaan zakat tujuannya adalah untuk menyuburkan harta kita supaya ia dapat bertambah dan berkembang lagi.

Rukun zakat termaktub dalam Al-Quran, antaranya surah At-Taubah Ayat 103 dimana Allah berfirman yg bermaksud "Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka daripada akhlak yg buruk, dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

Ada satu lagi clause yang dihighlightkan yang menarik perhatian saya di mukasurat 18 :
"...apabila kita leka mengumpul duit sahaja sehingga mengabaikan kesihatan, kelak duit yang dikumpulkan itu terpaksa dihabiskan bagi mendapatkan kembali kesihatan yang hilang...."

Jadi saya pun terfikir, betul juga... ada sesetengah orang tu sanggup berhempas pulas mencari rezeki sampai lupa jaga kesihatan. Saya doakan orang2 yg macam ni akan tergerak buka blog saya ni dan beli produk kesihatan Shaklee dari blog ni.

Bukan apa...sebabnya produk Shaklee ni memang dah terbukti keberkesanannya dalam menjaga kesihatan kita. Bak kata pepatah orang putih "...prevent is better than cure..." 

Anda diluar sana apa tunggu lagi, jangan biarkan penyakit anda menghantui hidup anda dan merosakkan keindahan hidup anda bersama yang tersayang. Cubalah Shaklee...pastinya Halal dan berkesan dan menjimatkan. Dengan menggunakan produk kesihatan Shaklee anda Bijak Mengurus Wang untuk masa hadapan.... 




Inginkan keterangan lanjut mengenai produk kesihatan shaklee?




Salam penuh keindahan daripada saya...  :)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Wednesday, 14 November 2012

Anak Yang Demam Perlukan Diet Yang Betul



Apabila demam, kanak-kanak akan hilang selera makan. Mereka juga berada dalam keadaan lemah. Maka adalah penting anda memastikan anak-anak yang kurang sihat itu mendapat nutrisi yang baik untuk melegakan simptom-simptom demam, dan membuat mereka lebih selesa.
1. Diet yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami demam adalah yang tinggi kalori serta protein, tetapi kurang lemak. Makanan yang disediakan juga perlu mengandungi lebih cecair.
2. Dua tiga hari pertama anak anda demam, sediakan diet yang banyak cecair seperti sup, air glukos dan jus. Jika anak anda tidak mengalami cirit-birit, anda juga boleh memberi mereka susu. Berikan mereka makan dalam kuantiti sedikit setiap dua jam, kemudian tambah kuantitinya setiap empat jam.
3. Makanan yang disediakan perlu lembut, mudah dihadam dan diserap seperti bubur, bijiran dan susu, buah-buahah lembut seperti pisang, betik, oren dan sayur-sayuran yang direbus.
4. Pengambilan protein perlu ditingkatkan. Anda boleh memberi anak anda susu, telur dan dal yang mengandungi nilai nutrisi protein yang tinggi.
5. Bagaimanapun, anda perlu mengelak memberi anak-anak yang demam makanan berlemak, pedas dan berfiber tinggi yang sukar dihadam.
6. Penting juga diingatkan, apabila seseorang demam nutrien seperti Vitamin A, C, B, Kalsium, zat besi dan sodium perlu ditingkatkan.
Secara ringkas, antara makanan yang perlu diberikan adalah:
  • Jus buah-buahan, air glukos, susu, air barli, telur, sup, bijirin, daging yang lembut, ikan bakar, sayur-sayuran berdaun yang direbus, buah-buahan kering yang dikisar bersama susu.
  • Bubur baik untuk anak-anak yang sedang demam, tetapi elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah.

Meal Shakes Shaklee sebagai pilihan alternatif yang terbaik


Bagi anak-anak yang memang x nak makan langsung semasa demam, Meal Shakes dari Shaklee merupakan pilihan yang terbaik bagi ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak anda. Meal Shakes Shaklee yang mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan penting - nutrien asas untuk anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja yang perlu untuk terus kuat dan sihat.



Juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan dan protein, sumber pekat kalsium, rendah lemak serta mengandungi index glisemik yang rendah. 




Meal Shakes bukan hanya boleh diambil ketika demam sahaja, jika diamalkan pemakanannya, InsyaAllah selera makan anak-anak anda tidak akan putus.



Pengambilan yang konsisten akan memberikan anak-anak anda nutrien terbaik yang diperlukan oleh badan  dan menjadikan mereka sihat, cergas dan ceria.



Nak tahu lebih lanjut?







Salam penuh keindahan dari saya...  :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Tuesday, 13 November 2012

Vitamin Pilihan Terkini Ibu-ibu Lepas Melahirkan

Di zaman moden ini, vitamin merupakan pilihan terkini bagi para ibu yang baru lepas melahirkan. Saya sudah melihat sendiri keberkesanannya. Adik saya, Jannatul Fadilah sentiasa cergas, happy dan seronok walaupun bersalin secara czer, malah tidak merasa letih untuk bangun pada malam hari untuk menyusukan bayinya, Anieq Sufi.

Mestilah seronok bila susu banyak, badan kuat, sihat dan sentiasa cergas. Dan paling menggembirakan dia dan rasa macam tak percaya bila orang yang datang melawat kata "awak tak macam lepas czer je..."

Ingin merasai pengalaman berpantang yang menyeronokkan seperti adik saya? Mari kongsikan pengalaman saya berpantang dengan vitamin-vitamin Shaklee dan dapatkan Tips Eksklusif khas untuk para pelanggan dengan setiap pembelian produk ini melalui saya.

Ramai juga yang bertanyakan saya set bersalin yang bagus untuk diamalkan sejak keluar dari bilik bersalin. Dan jawapan saya semestinya Set Bersalin Shaklee yang sememangnya selamat dan berkesan untuk diambil sejurus selepas bersalin walaupun bayi anda menghidapi Jaundis/G6PD atau bayi pramatang.

Bagusnya Set Bersalin Shaklee ini ialah ia lengkap dengan set untuk proses penyusuan susuibu.

Set Bersalin Shaklee yang lengkap dengan set penyusuan susu ibu

Andai ada ibu-ibu yang baru melahirkan khuatir akan susu badan yang kurang / lambat keluar, saya suka mencadangkan ambil set lengkap ini. Jika diamalkan sekali dengan Tips Eksklusif yang saya sertakan dengan setiap pembelian, anda akan berpuashati kerana melalui tempoh berpantang dengan jayanya. Badan sihat, cergas, mood happy & positif, susu melimpah ruah & berkualiti serta tumbesaran bayi berada pada tahap yang baik.

Berikut merupakan komen-komen para ibu yang berpengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee yang saya perolehi daripada blog adik saya dan pelbagai sumber testimoni produk Shaklee: 






































Ada juga yang kata badan persis anak dara... :)

























































Dan juga lain-lain pengalaman menarik termasuk pengalaman adik saya yang berpantang dengan Shaklee di sini.....


Alhamdulillah. Sangat meriah susu badan adik saya semasa hari kelima berpantang, sebab dia happy, sihat & cergas...

baby Anieq Sufi di usia 5 hari... 

Inilah dia hasil selama adik saya berpantang yang diperah dan disejuk bekukan dan disimpan dalam deep freezer. Sangat teruja melihatnya...




Jom berpantang dengan Set Bersalin Shaklee yang sememangnya selamat, berkesan dan mesra alam! Hanya produk yang terbaik di hari berpantang anda.





Salam penuh keindahan dari saya.... ;)

Berpantang Dengan Shaklee ~ 7oz Stok Susu @ Hari Ke-5 :)


Alhamdulillah kali ni adik saya nekad berpantang dengan Set Bersalin Shaklee selepas try Am*y Sixty Days lepas tu tak sanggup nak teruskan sebab anaknya Aien ada jaundis dulu. Lagipun, doktor memang suruh stop apa jua jenis jamu bila anak kita kena kuning. Dan inilah hasilnya....JENG JENG JENG....

Apa ni? siap ada mesin canggih Medela Freestyle lagi :)


Anieq berusia 5 hari di samping susu yg dipam oleh umminya...


lepas dah siap2 dipam keluar...


Dan inilah dia.....

7oz susu yg dipam oleh adik saya, Jannatul Fadilah utk melegakan breast yg dah bengkak meleleh2 dgn susu lepas Anieq Sufi nenen sampai tersedak2 pada hari ke-5 dlm pantang :)

Kali ni, adik saya bersyukur dengan pilihan yg dibuat. Dia bersalin secara czer juga utk kali kedua, disebabkan dah 6jam setengah bukaan masih sama...5cm tak gerak2, Anieq pun dah lemas kat dlm jadi doktor bagi kata putus utk czer juga akhirnya...

Org kata bersalin czer ni susah nak jaga...lambat pulih dan susah nak bergerak2. Itu org kata. Adik saya dah dua kali melaluinya, kali pertama memang ada kebenarannya, lepas czer dia mabuk teruk sebab 2x disuntik morphin utk tahan sakit, nak menyusukan bayinya Aien pun kakak kami, Akak Nor yg tolong pegangkan Aien masa tu. Tapi seminggu dia dah boleh bergerak pantas berkejar nak tengok Aien kat NICU HUKM (kes jaundis). 2minggu dia dah pulih. Alhamdulillah.

Kali ni terasa perbezaannya bila dia berpantang dengan Shaklee! Lepas czer, dia pening lalat & hanya muntah ringan. Dahla suami takleh temankan dlm wad sebab ambil wad biasa, maka kenalah dia melalui saat2 muntah pening ringan tu sorang2. Kadang2 nurse datang tengok tapi kebanyakannya dia lalui sendiri. Dapat saya rasakan yg dia MEMANG KUAT!!! (congrats to you my sis hehehe..)

Tapi betul tau, mak sedara En Billy (suaminya) yg datang melawat dia masa hari ke-4 dlm pantang pun ckp benda yg sama.."eh, awak czer kan, tapi mcm tak czer pun..nampak sihat lah, tak mcm org selalu kena operate bersalin tu" .....

Dan suaminya yang terchenta pun ckp benda yg sama pada hari ke-8 lepas dia diczer..."ummi ni mcm dah sihat je..." sambil tersenyum simpul dia menjawab.."memanglah! dah tak rasa sakit dah!"

Amboi...eksyennya dia! hehehe...

Bila badan kita kuat & cergas, sihat dan bersedia utk menyusukan anak sebaik lepas dilahirkan, memang mudah utk badan kita menghasilkan susu yg terbaik buat baby. Juga apabila kita dah ada ilmu & pengalaman dlm bf, juga pemahaman tentang konsep asas penyusuan, maka amat mudah bg kita utk meneruskan niat murni kita menyusukan anak. Inilah yg berlaku pada adik saya :)

Pemilihan Set Bersalin Shaklee adalah yg SANGAT TEPAT! 
Kepada pelanggan2 saya yg inginkan hasil berpantang mcm yg adik saya lalui, jgn segan silu dapatkan konsultasi PERCUMA drpd saya. Anda beli & anda dapat! :)

Last but not least...

Stok yg dah mencecah lebih 200oz dlm masa 20 hari :)

~ kat semenyih


~ kat cheras

Dan Anieq Sufi yg murah rezekinya dgn berat dah naik sekilo dlm masa 20 hari :) Alhamdulillah...


Lagi satu, berat badan adik saya dah kembali ke berat sebelum mengandung! 52kg dlm masa 20 hari lepas bersalin!!!!!

Memang mengujakan!!!!!! JOM...berpantang & menyusukan anak dgn vitamin2 Shaklee!!!! :)

credit to my lovely sister....Jannatul Fadilah.

Dapatkan Set Bersalin & Set 3M untuk breastfeeding pada harga yg hebat yg saya tawarkan di sini :)
Untuk dapatkan vitamin2 Shaklee anda, boleh hubungi saya di: 
h/p      : 017-670 9590 
email   : janatulfitri@gmail.com
fb        : Nor Al-Janatulfitri 

Dapatkan konsultansi PERCUMA & TERBAIK dari saya dgn setiap pembelian dari blog ini!
Salam penuh keindahan dari saya..... (^_^)

Testimoni Berpantang Dengan Vitamin Shaklee :)

Banyak bezanya jika kita berpantang dengan vitamin shaklee & dengan jamu. Sebab jamu ni x sesuai diambil kalau bayi kita ada jaundis / kuning / G6PD.

Berpantang dengan vitamin ni memang berbaloi-baloi! Badan kuat, susu banyak, baby tak meragam. Berpantang tapi macam bukan lepas bersalin....

Testimoni ini saya ambil dari blog adikku yang tercinta...Jannatul Fadilah.

~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ 







~ .  ~  .  ~ .  ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . 




Ikuti perkembangan baby Ekynn :



Ekynn dan baby sewaktu baru dilahirkan...

Penangan Vitamin Shaklee....berketul-ketul badan baby Ekynn ni...

Ringkasan daripada cerita Ekynn :

~ gantikan jamu dengan Set Bersalin Shaklee.
~ boleh makan immediate sebaik aje selepas bersalin.
~ boleh terus makan walaupun bayi kena kuning, malah membantu mempercepat baik pulih demam kuning bayi melalui pembuangan najis bayi (dibantu dengan pengambilan alfalfa)
~ susu sangat-sangat meriah.
~ bulan puasa susu tak drop. Malah boleh berpuasa walaupun sedang menyusukan anak lelaki.
~ badan rasa lebih bertenaga walaupun tak cukup tidur & letih lepas bersalin.
~ yang penting tiada lagi sembelit... :))

~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ 

Anda ingin rasa bahagia macam Ira ?

atau

inginkan bayi anda seperti bayi Ekynn ?

Tak cuba tak tahu.....  ;)


Salam penuh keindahan dari saya  ;))


Dapatkan Konsultansi percuma daripada saya dengan setiap pembelian dari blog janatulfitri !



Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Gunakan ID : 885216 saya untuk mendapatkan harga ahli di cawangan Shaklee berhampiran.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang jenis penyakit