Wednesday, 14 November 2012

Anak Yang Demam Perlukan Diet Yang Betul



Apabila demam, kanak-kanak akan hilang selera makan. Mereka juga berada dalam keadaan lemah. Maka adalah penting anda memastikan anak-anak yang kurang sihat itu mendapat nutrisi yang baik untuk melegakan simptom-simptom demam, dan membuat mereka lebih selesa.
1. Diet yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami demam adalah yang tinggi kalori serta protein, tetapi kurang lemak. Makanan yang disediakan juga perlu mengandungi lebih cecair.
2. Dua tiga hari pertama anak anda demam, sediakan diet yang banyak cecair seperti sup, air glukos dan jus. Jika anak anda tidak mengalami cirit-birit, anda juga boleh memberi mereka susu. Berikan mereka makan dalam kuantiti sedikit setiap dua jam, kemudian tambah kuantitinya setiap empat jam.
3. Makanan yang disediakan perlu lembut, mudah dihadam dan diserap seperti bubur, bijiran dan susu, buah-buahah lembut seperti pisang, betik, oren dan sayur-sayuran yang direbus.
4. Pengambilan protein perlu ditingkatkan. Anda boleh memberi anak anda susu, telur dan dal yang mengandungi nilai nutrisi protein yang tinggi.
5. Bagaimanapun, anda perlu mengelak memberi anak-anak yang demam makanan berlemak, pedas dan berfiber tinggi yang sukar dihadam.
6. Penting juga diingatkan, apabila seseorang demam nutrien seperti Vitamin A, C, B, Kalsium, zat besi dan sodium perlu ditingkatkan.
Secara ringkas, antara makanan yang perlu diberikan adalah:
  • Jus buah-buahan, air glukos, susu, air barli, telur, sup, bijirin, daging yang lembut, ikan bakar, sayur-sayuran berdaun yang direbus, buah-buahan kering yang dikisar bersama susu.
  • Bubur baik untuk anak-anak yang sedang demam, tetapi elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah.

Meal Shakes Shaklee sebagai pilihan alternatif yang terbaik


Bagi anak-anak yang memang x nak makan langsung semasa demam, Meal Shakes dari Shaklee merupakan pilihan yang terbaik bagi ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak anda. Meal Shakes Shaklee yang mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan penting - nutrien asas untuk anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja yang perlu untuk terus kuat dan sihat.



Juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan dan protein, sumber pekat kalsium, rendah lemak serta mengandungi index glisemik yang rendah. 




Meal Shakes bukan hanya boleh diambil ketika demam sahaja, jika diamalkan pemakanannya, InsyaAllah selera makan anak-anak anda tidak akan putus.



Pengambilan yang konsisten akan memberikan anak-anak anda nutrien terbaik yang diperlukan oleh badan  dan menjadikan mereka sihat, cergas dan ceria.



Nak tahu lebih lanjut?







Salam penuh keindahan dari saya...  :)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment