Monday, 26 November 2012

Kanser - Antara Pembunuh Tegar di Malaysia

Semalam saya melawat seorang teman yang baru sahaja lepas menjalani pembedahan membuang sel2 kanser yg telah merebak di dalam badannya. 

Pada awalnya doktor mengesan ada ketumbuhan di rahimnya dan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut pada 20hb November 2012 yang lalu. Semasa operasi pembedahan itulah sel2 kanser yg telah merebak tersebut dijumpai oleh doktor dan teman saya itu telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membuang sel2 kanser tersebut pada hari Jumaat lepas bersamaan 23hb November 2012.

Apakah Kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan mengembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa. 

Setiap orang ada sel kanser dalam badan dan ia tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.....(kena ambil NutriFeron ni...untuk bertindakbalas terhadap sel2 pembunuh ini.....jahat sungguh sel2 pembunuh ini kan...) 

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza dari setiap sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Gambarajah : antara sel-sel kanser

 Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia. Di Malaysia, dilaporkan 45,000 orang rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 daripada 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.

Salah seorang dari pesakit kanser yg tidak dapat diselamatkan ialah mendiang Dr. Richard Teo, doktor pakar pembedahan kosmetik dan seorang jutawan yang terkenal. Mendiang penghidap kanser paru-paru tahap 4 dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 18hb Oktober 2012. Berikut adalah ucapan mendiang Dr Richard pada 19hb Januari 2012 mengenai perkongsian pengalaman hidup beliau yang dipetik daripada laman youtube :



Pada tahun 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang bio kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa bahawa penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan. Ramai saintis telah membuat  kajian bagi merungkai penyakit kanser.

Di dalam Utusan Online ARKIB 23hb August 2011, Dr R.Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, Selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.

Namun beliau percaya ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangi kerana setiap penyakit ada penawarnya. Katanya lagi, "Sebenarnya alam semulajadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita".

Gambarajah 2 : antara keratan rentas sel-sel dalam tubuh manusia

Menurut beliau, setiap hari sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia. Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

Dr R.Subramaniam menjelaskan kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia. Setiap hari, sel-sel mati dikeluarkan dari tubuh melalui pembuangan air besar dan peluh. Bagaimanapun, jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.

Gambarajah 3 : Usus penuh toksin

Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari. Jika tidak boleh cara semulajadi, lakukan enema. Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah.

Gambarajah 4 : Usus

Di Shaklee, kami percaya alam semulajadi merupakan jawapan bagi kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif. Kami berusaha keras untuk memberikan anda kehidupan yang lebih baik, produk kesihatan yang menyeluruh dan kami juga ingin anda tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan keberkesanan setiap produk di mana lebih daripada 350 ujian telah dijalankan pada setiap ramuan baru untuk bahan pencemaran berbahaya dan lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan daam setahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.

Ia terbukti berkesan di dalam bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil  suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.


Energizing Soy Protein - Vanilla daripada Shaklee merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia juga membantu mengekalkan kepejalan otot, mengekalkan gula dalam darah yang normal, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.                                                                                                                         

Manfaat protein untuk tubuh badan manusia sangat besar. Protein sangat penting untuk perkembangan / pertumbuhan setiap sel dalam tubuh dan menjaga kekebalan tubuh. Sebagai salah satu gizi yang diperlukan oleh tubuh manusia, pengambilan protein yang cukup juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka, regenerasi sel hingga mengatur kerja hormon dan enzim dalam tubuh.

 

Shaklee menawarkan Zinc Complex yang dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang dan rumusan sayur-sayuran.

Zink merupakan gizi yang penting untuk pertumbuhan sel dalam badan manusia. Antara lain fungsi zink ialah mempercepatkan proses baikpulih luka, penting untuk kesuburan dan membantu dalam mengatasi masalah insulin, rambut gugur dan kelemumur serta mencegah jerawat.

Agar tubuh dapat menyerap zinc secara optimum, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan ketika mengambil suplemen zink. Antaranya ialah, ambil suplemen zink secara berasingan dari mineral yang lain sepeti zat besi, tembaga, manganese dan kalsium kerana ia mengganggu penyerapan zink, periksa kualiti air yang diminum dan perhatikan biji-bijian yang diambil/dimakan kerana zat yang dipanggil phytate dapat mengikat zink dan mencegah tubuh untuk menyerap zink.

Selain itu, perhatikan juga serat yang diambil sehari-hari kerana serat yang tinggi juga dapat menyebabkan zink dikeluarkan daripada tubuh.


Herb-Lax daripada Shaklee dapat menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan. Herb-Lax merupakan julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala yang mengandungi daun senna yang telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu.


Vitamin E daripada Shaklee pula merupakan sejenis antioksidan kuat yang baik untuk kulit dan boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak, prostat dan mempercepat membaikpulih otot disamping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan.


Vita-Lea Iron Formula daripada Shaklee merupakan multi yang hebat. Ia diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea berfungsi meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi serta memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.


Sustained Release Vita-C 500mg daripada Shaklee sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan sumber nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot, dan pembuluh darah.


NutriFeron daripada Shaklee adalah satu kemajuan terbesar dalam Sains Imun Sistem. Ia merupakan satu produk berpaten campuran ekstrak tumbuhan bagi pengukuhan imun yang terbukti secara klinikal. Bila diambil secara harian dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

Dalam satu kajian makmal baru-baru ini, NutriFeron telah menunjukkan yang ia memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semula jadi (NK).

Cara-cara Mengubah Gaya Hidup Untuk Elak Kanser

  1. Makan makanan yang boleh meningkatkan sistem imun.
  2. Kurangkan pengambilan lemak dalam makanan harian.
  3. Kurangkan pengambilan daging.
  4. Jangan memasak makanan dan sayuran sehingga lunyai.
  5. Belilah makanan organik jika mampu.
  6. Elakkan minum air yang tidak bertapis. Jika tidak, pastikan air telah dimasak sebelum diminum / digunakan.
  7. Ambil makanan tambahan (suplemen) yang mampu meningkatkan sistem imun.
  8. Jiwa perlu tenang dan bersih serta elakkan dan tangani stress dengan bijak.
  9. Peka dengan perubahan pada tubuh badan.
  10. Minimumkan pengambilan ubatan.
  11. Elakkan kawasan atau bangunan yang litar pengudaraan udara tertutup.
  12. Elakkan penggunaan kapal terbang.
  13. Kurangkan pendedahan pada handphone.

.....masa sampai je kat hospital pada hari ahad tu, saya katakan pada teman saya tu..... tak de apa yang saya bawa untuk dia...cuma capsul Zink Kompleks daripada Shaklee untuk membantu penyembuhan luka dengan cepat...

Ialah....kan... orang sakit baru lepas operasi pembedahan..... kanser pulak tu.... saya tak tau apa yang patut di bawa untuk melawat dia. Terus teringat stok zink kompleks shaklee saya masih ada...apa lagi, sambar je lah... pesan kat dia makan sebiji sehari.

Masa kat hospital tu, borak punya borak dengan dia, saya pun tanya pasal makan. Biasalah orang baru lepas kena bedah ni mana boleh makan benda yang keras..kan... pastu saya pun teringat saya ada bawa ESP kat dalam kereta. ESP tu kan bagus untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan kita ni....sambil tu membantu dia supaya kurang rasa lapar.... ESP tu membuatkan kita rasa kenyang... untuk mereka yang nak berdiet pun bagus ambik ESP ni. Saya tinggalkan satu botol ESP 850g kat dia. Pesan pada Mak Su dia supaya bancuhkan masa breakfast satu scoop, tengah hari satu scoop dan malam satu scoop. Maksimum 3 scoop sehari, tak boleh lebih. Kalau nak guna sudu, guna sudu besar penuh. Bancuh dengan air suam atau air sejuk sahaja. Kalau bancuh dengan air panas nanti protein rosak. 

* Ingat tak kenapa Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengamalkan memakan makanan yang panas dan minum air yang panas? sebabnya.....sel-sel dalam tubuh badan kita akan rosak.....tengok, sampai macam tu sekali kita diajar oleh baginda Rasulullah tentang bab pemakanan ni. Untung kita jadi ummat Islam ni. "Syukur ku pada Mu Ya Allah! Terima kasihku pada mu Ya Kekasihku Muhammad Rasulullah S.A.W. semoga kesihatan berkekalan menjadi milik hambaMu yang lemah dan serba kekurangan ini untuk terus ber'ibadah kepada Mu.... Ameeen..."

Kepada Kak Noorafizatun...... selamat beristirehat, ada hikmahnya jugak akak masuk hospital ni. Kalau tidak mana nak dapat waktu rehat yang berbaloi macam ni kan... sibuk memanjang. 

Semoga cepat sembuh. Tabah & kuatkan diri dan gumbira selalu ya ! 

Nanti boleh cuba produk shaklee yang lain pulak macam NutriFeron ke...yang baik khasiatnya untuk immune booster dan Vivix ke... sebagai anti-oxidant terhebat yang pernah dihasilkan di abad ini! Almaklumlah... kita ni umur dah makin naik..... haa.. atau pun collagen powder....  ;)

Jangan lupa hubungi saya bila dah sihat nanti ya, Kak Noora! Boleh kongsi cerita-ceriti!



Salam penuh keindahan daripada saya.... :)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment